Tahun ini tanggal 31 ogos,
rakyat malaysia bukan sekadar menyambut hari kemenangan menyambut syawal, bahkan kita juga menyambut hari kemerdekaan yang ke 54. sebulan ramadhan telah kita tempuhi, sebelas bulan raBAdan(raba-badan) kita sambut penuh berahi. kita lupakan seketika persefahaman politik, kita hormati selamanya darah pewira yang menitik. kita butakan warna kulit manusia, dan anggap kita rakyat malaysia. pejam celik di bumi malaysia ALHAMDULILLAH kita masih bernyawa, sedangkan rakyat negara bergolak INNALILLAH kerana berbunuh sesama mereka. sebuah negara yang merdeka. tidak melahirkan rakyat yang menderhaka.
syukur kita antara negara yang tidak berisiko tinggi
di landa bencana alam walaupun terdapat manusia dua alam yang berprofil tinggi di malaysia, kerana negara kita berada di tengah garisan khatulistiwa. tsunami yang pernah melanda merupakan amaran itu bukan jaminan. begitu juga isu perkauman yang saya percaya sering ada isu berat sebelah, dan mungkin itu yang buat kita terbelah. bak lagu tradisional "taknak kawan sudah nama mu jamilah nama mu parimala nama mu angela tetek mu sebelah". manusia pun tak puas kalau buah dada sebelah kan? kita cuma perlu faham majoriti rakyat malaysia berbeza beza kaum. jadi jangan lah meminta lebih, sedangkan masih ada orang lain yang tersisih.
jangan mempertikai adat resam yang kita kongsi,
jangan mempertikai asal usul yang kita sangsi. saya percaya semua agama menjurus kepada kebaikan tetapi kita juga punya satu kelemahan walaupun punya agama tetapi kita semua takut hantu. kenapa bila kita sudah ada negara sendiri, tak takut ke negara hilang? lihat melayu yang datang dari indonesia belum tentu mahu pulang walaupun di gelar pendatang haram di malaysia, cina yang datang dari negara china belum tentu boleh kaya raya di sana jika tidak lahir di malaysia. india yang datang dari india belum tentu dapat naik keretapi yang berhawa dingin di malaysia. maka kan tidak semua pekerja asing datang ke malaysia untuk mencari rezeki tetapi rakyat malaysia sendiri mengharapkan kerajaan menyembah kaki.
sesenang kita di lahirkan di bumi malaysia,
sesenang itu juga kita biarkan perjuangan tersia. saya faham setiap bangsa di negara ini tidak dapat lari dari sikap perkauman. kita tidak minta untuk di lahirkan berbeza bangsa. tetapi kenapa bila berkata soal cinta semua orang sanggup berpegang tangan walau melayu basuh berak tangan kiri. semua orang sanggup mencium mulut walau cina makan babi. ada juga melayu dan cina sanggup berkahwin dengan india walaupun kontra hitam putih warna kulit. bagai biskut oreo di belah dua. anak anak zaman sekarang di sogok dengan isu perkauman, hingga anak anak malaysia sudah mula membataskan pergaulan. bagai rojak buah tetapi tidak di gaul dengan kuah.
semua benda hidup lahirnya dari akar umbi.
bapa bapa ibu ibu yang melahirkan telah menzahirkan pandangan mereka pada anak anak tentang sesuatu kaum di malaysia. orang melayu belajar pendidikan agama islam, orang india dan cina belajar pendidikan moral agar kita tidak membezakan dan berbaik baik sesama ciptaan tuhan. tetapi apa yang kita lebih cepat tangkap? pendidikan seks oral dari pendidikan moral. pendidikan anggota dalam dari pendidikan agama islam. anak anak malaysia perlu tahu dan belajar sejarah untuk kita jadi sedarah. jangan bila di suruh nyanyi lagu negaraku kita kata itu lagu negarakau. walaupun cina makan babi bangsa kalian tidak haram. walaupun india berkulit hitam tetapi darah kita sama merah. walaupun orang melayu basuh berak tangan kiri kami berikrar rukun negara dengan tangan kanan.
kenapa kita dalam satu negara saling berkejaran, sedangkan rakyat negara lain sedang dalam perlarian.(LelakiSulitNaz)
.
26 Hak Bersama Untuk Bersuara:
lebih ramai org post psl raya berbanding merdeka.
lebih ramai yg teruja nk raya berbanding nk sambut merdeka. huhu
selamat hari merdeka..semoga Malaysia terus kekal aman dan sejahtera..
http://astoryisaboutyouandme.blogspot.com/2011/08/di-ambang-raya-yang-boring-so-kita.html
CONTEST RAYA
because of the comfort zone. we are too lazy and scared to step out of the comfort zone. dah biasa hidup senang disuap kan.
Rasanya diorang tak tengok lagi video mathluthfi90 ni :P
Rasanya diorang tak tengok lagi video mathluthfi90 ni :P
ada yg kejar, adalah yg lari..
selamat merdeka.. kita kena bersyukur dgn keamanan negara kita.. perpecahan sebuah negara pun disebabkan rakyat mereka sendiri..
salam merdeka naz. semoga anak kita baik2 sahaja di negara orang. eh anak mana pla. haha
Nasib baik sambutan merdeka dilambatkan..kalau tak ramai AYAM-AYAM yang menjadi santapan raya..
i ingat raya je. lupa merdeka kadang2
Selamat hari raya bro...maaf zahir batin
raya raya jugak..hari merdeka hari memperingati kebebasan kita di negara sendiri akan tetap diingati ;)
semangat!!!
aweyn-semua orang tak sabar raya :) tapi kita tetap rakyat malaysia :)
sha-amin hendak nya :)
cahaya-i try kalau tak busy :)
geeds-haha i suka u suapkan i. i tak biasa lagi taww
syida-i pun tak tgk lagi hahahaa
syah-rakyat memain peranan :)
lan-perkara biasa diluar tetapi tidak dalam malaysia
macy-ank tekak kita haha
lan-payung lah sikit haha
mira-perkara biasa :)
emie-ingat i juga haha
amirah-saya rakyat malaysia
Post a Comment