RISIK MERISIK

PENYOKONG BLOG MUKA SURAT SULIT NAZ

22 August 2011

Restu



setiap perkara yang kita lakukan
selalu nya atas dasar keseronokan peribadi. tanpa kita menghiraukan restu kedua ibubapa yang sebenarnya badi. dalam percintaan manusia sendiri, bukan nya mudah untuk mahligai di diri. ada ibu bapa mengajar kita jangan melihat pada rupa asalkan ada agama. dan apabila anaknya berkenan pada ustaz sekolah pondok. di katakan kewangan nya pula tidak menokok. dan bila ibu bapa mengejar harta dari agama, situasi ini sudah bercanggah antara restu dan agama. bak lagu PAKAI BUANG nyanyian stacy : kenapa ma (MAMA) kenapa pa (PAPA) kau berubah? kenapa mak(EMAK) kenapa bah(ABAH)? RASULULLAH S.A.W sendiri menekankan bahawa, perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. tetapi adakah anak anak bahagia tanpa restu ibu bapa?

"Dan Aku wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan ingatlah kepada Aku lah jua tempat kembali."
(surah Luqman ayat 14)


lafaz cinta sayang tidak sekuat lafaz redha
ibu bapa. berkahwin kerana cinta, adakah kita bergantung pada cinta semata? Kalau disebabkan dorongan seksual, sudah kurang dosa sial. Kalau berkahwin kerana duit, sampai bila bila pun cinta sebenar tidak tercuit. kalau berkahwin kerana cantik, bila bila masa kita boleh di serang lelaki asid. tetapi jika ibu bapa mementingkan darjat, adakah pilihan anak anak sendiri terhajat? bak lagu PAPA JAHAT nyanyian fabulous cats : PAPA jangan PAPA jahat, fikir apa yang anak hajat. MAMA jangan MAMA sekat. anak anak cuma mahu berkat. ibu bapa sepatutnya mengajar apa yang anak anak sedang mengejar, bukan nya ibu bapa mengejar dunia yang sedang berlegar.

"Dan Aku wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka." (surah Al-Ankabut ayat 8)

takdir sebenarnya tidak memberi kita banyak pilihan.
cinta dan keluarga adalah dua elemen yang sangat penting bagi setiap manusia hidup. udara sama yang kita hirup, awan mendung kita sama redup. kenapa ibu bapa perlu menghalang cinta anak anak sedangkan mereka ikhlas untuk hidup bersama. jangan kerana susah mendapat cop halal, anak anak di nikah secara haram. kenapa anak anak tidak berfikiran matang, dari ibu bapa yang di tentang. jangan kerana cinta buta, esok lusa cerai yang kita minta. ALLAH cipta anak anak sebagai satu perutusan, fikir lah kebahagian dia sebagai satu keputusan. jika kita sukar mendapatkan restu, mintalah petunjuk pada dia yang satu(ALLAH). bak lagu INSYAALLAH (versi melayu) di nyanyikan oleh maher zain : masya ALLAH masya ALLAH mana jalan nya? insya ALLAH insya ALLAH ada jalanya!

bahagia seseorang bukan terletak pada seorang. - LelakiSulitNaz

.

43 Hak Bersama Untuk Bersuara:

Akulah Pak Lan said...

perkahwinan bukan hanya melibatkan 2 orang insan..tetapi keluarga dari belah 2 pihak..kalau tak masakan ada wali untuk pihak perempuan tatkala dia nak diijab kabulkan..

ain fathihah said...

betul tu. dengan cinta saja tak ke mana. restu dan doa keluarga tu penting utk bahagia.

mas saari said...

ibu bapa melarang tu sebab dia nak yang terbaik untuk anak2nya...

dia melarang tu mesti ada sebabnya kan? mungkin bagi pilihan itu bukanlah pilihan terbaik!

tapi kalau kita boleh buktikan pada mereka pilihan itu adalah terbaik, insyallah mereka boleh terima...

bak kata naz, mintalah pentujuk dari Allah SWT!

mirachantek said...

tetiba i sedih naz.
percintaan i tak ada restu keluarga ;[

♥CIK SHA♥ said...

ibu bapa hanya mahu yg terbaek untuk anak2 mereka..jika mahu cinta direstu, pasti ada jalannya..minta petunjuk dari Allah..solat istikharah..jika benar dia jodoh dan cinta sejati insyaAllah..

cik hemo hemo said...

betol. utamakan keluarga dulu. ^^

Mira R. said...

tanpa restu kedua ibu bapa, tidak mungkin kita akan berjaya.

ibu bapa juga yang mencorakkan kehidupan anak-anak.

wawa meiko said...

Restu itu perlu untuk kebahgiaan di dunia dan berkat dari Allah S.W.T :D

Lagi satuuu , tagline naz "kebahgiaan seseorang bkn terletak pada seorang?" Okay dah faham! kbye . hee :D

buDAK keCIK said...

kadang2 ade sesetengah ibubapa x restu akan perhubungan anak mereka dgn si polan. kebanyakannya disebabkan perbezaan darjat.

mereka sanggup biarkan anak mereka menderita. mana la si anak x terfikir utk kahwin lari.

tp si anak pun kena pikir jugak. kebahagiaan rumahtangga terletak pada restu ibubapa. mula2 kawen semuanya elok tp lama2, lg byk derita dri bahagia. masa tu bru la nk carik ibubapa, mintak ampun bagai.

bukankosong said...

harus sehabis baik membina mahligai

perlulah halal dan mengikut lunas2 Islam

yana yahya said...

"Gembirakan orang tuamu terlebih dahulu sebelum kamu berusaha menggembirakan kekasih yang tidak halal bagi kamu

Amirah Suhana said...

Ibubapa yang paling penting.

Kalau diminta pilih antara ibubapa dengan kekasih, saya akan pilih ibubapa..Jujur dari hati .

Syida Shukor said...

Takut kalau dapat situasi macam ni. Nak kawen tapi mak bapak tak agree sebab itulah sebab inilah. Semoga semua yang terjadi ada hikmahnya kan?

Naz, bila nak kawen? Hehe :P

miss senyum said...

sedih la plak naz entry you yg ni :(
cinta i selalu tak kesampaian, restu itu bahagia akhirat :')

syazrina said...

rasa rasanya hubungan saya direstu tak? :D

saja tanya. hee

maCy said...

harap mak abah restui percintaan kita kan Naz? keh2

naz said...

lan-semua bergantung pada keinginan masing2. kadang anak nak lain keluarga nak lai. jadi jodoh bersaing haha

naz said...

ain-kalau keluarga memilih dari jodoh yang terpilih. itu juga salah :)

naz said...

mas-kadang2 terbaik nya dari segi kebendaan itu yang naz tak suka haha

naz said...

mira-cinta dengan i lah mesti parents u ok hahhahaahhahaa

naz said...

sha-macam cinta kita kan? hahahaha

naz said...

hemo-saya lebih utamakan pandangan mereka bukan pilihan. sebab semua orang pernah salah membuat pilihan :)

naz said...

mira-kalau corak tidak cantik anak berhak betulkan :)

naz said...

wawa-haha harap awak bahagia disisi saya seorang hahahahaa

naz said...

kecil-saya yakin kalau kita di tempat yang betul. ALLAH akan membantu :)

naz said...

bukan-semua orang mengharapkan kesempurnaan :)

naz said...

yana-gembirakan mereka walau jalan itu sesat? jangan salahkan apa yang telah salah

naz said...

amirah-semoga apa yang ditentukan keluarga terbaik untuk kamu :)

naz said...

syida-i tunggu u syida. jom kita hmm hmm hahaha

naz said...

senyum-jangan lah sedih. cinta i pun bukan di restu

naz said...

ina-mama dah suruh jaga fik mesti lah restu haha

naz said...

macy-i pun harap mak ayah u terima i hahaahaha

norfaridahanum said...

sebab tuh i cakap, kita selalunya berdosa kerana cara, bukannya matlamat! faham?

Cik Adi said...

percintaan u skrg ngn sape plak naz oi. haha. i restu la u nak mendua tiga kan i. huk.

Hans said...

bila dapat restu dari keluarga insyaallah perhubungan tu lebih berkat
:-)

ishiko said...

restu itu penting utk seorang anak.. ^^

mira.una said...

dah lame xbce post naz..bjj2 je psl restu~
da la baru blek ostel~
=='

naz said...

norfa-ok i dah faham sebab u dah terangkan kat i haha

naz said...

adi-awwww u dari dulu memahami i haha

naz said...

hans-kita cari sama sama keberkatan itu :)

naz said...

ishiko-semua orang mengharapkan kesempurnaan dalam hubungan :)

naz said...

mira-alalaa thanks ingat lagi kat i haha

cimOt said...

jgn lupe restu i nanti..hehehe