RISIK MERISIK

PENYOKONG BLOG MUKA SURAT SULIT NAZ

30 August 2011

seloka syawal



sebulan ramadhan telah kita layari.

walau puasa tidak cukup tiga puluh hari.
berbaju raya dengan fesyen tersendiri.
kadang orang tua pun tak sedar diri.

selesai sudah perjuangan kita menahan
lapar dan dahaga. namun kenyang nafsu perempuan, kerana dapat membeli belah. dan tidak pernah ada istilah haus bagi kaum lelaki, kerana air liur sentiasa meleleh melihat aurat perempuan yang terdedah. perkara biasa bila setiap kali syawal menjelma, bukan sahaja air mata akan menitis, bahkan gaya seorang demi seorang pasti tak mahu kalah bagaikan artis. pakai lah pakaian berpada pada, tiada beza miskin mahupun berada. hormati lah hari yang mulia ini. pakai lah baju macam lisa surihani. awww!

jangan menilai darjat walau dia orang indon.
tiada perbezaan bila baju raya sedondon.
biarpun saya tidak pandai belajar di london.
namun saya makan kuih almond london.

buat mereka yang berkerja di luar negara.
jangan lah terlalu mengejar mata wang asing hingga keluarga sendiri terasing. mungkin hujan EMAS di tempat orang, hujan BATU di tempat sendiri. namun di sini kalian punya tanggung jawab pada warga EMAS orang tua kamu sendiri. jangan nanti bila kalian pulang, cuma tinggal BATU nisan. saya akui rezeki tidak akan datang bergolek, tetapi rezeki tidak akan pernah habis kerana tuhan tidak lokek. dalam hidup kita cuma punya sebuah keluarga, jangan nilai mereka umpama sesuatu yang tidak berharga.

belajar pandai pandai hingga ke mesir.
dapat naik unta di tengah padang pasir.
pengorbanan perantauan tak dapat di tafsir.
menahan sebak perasaan umpama buasir.

bagi rakan yang menyambung pelajaran
di luar negara, saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. kalau jumpa kalian nanti saya peluk cium seorang demi seorang. ladies first ok rileks tunggu giliran. yang lelaki pastikan bertopeng seperti megan fox atau jesicca alba dan scarlett johanson untuk menaikan selera saya untuk memeluk cium kalian. saya bangga dapat kawan dengan kalian, namun saya lebih malu berkawan dengan kalian kerana kerja saya cuma pegang PENyapu, sedangkan kalian cuma pegang PEN. belajar pandai pandai, habis belajar nanti jangan kata raya, kahwin pun boleh! nak buat hmm hmm pun boleh!

jalan kampung banyak haiwan melintas.
jalan bandar kenderaan di pandu pantas.
jalan raya bukan kubur yang ada klasss.
jika mati rugi malam pertama telepas.

terima kasih mengunjungi blog muka surat sulit naz.
dari hari ke hari saya semakin perlahan memacu bukan tanda pistol ke kepala di acu. maafkan saya jika tidak melayan kalian seperti mana kalian melayan saya. 1498 orang kawan di akaun blogspot 1498 hati yang perlu saya jaga. kalau sudah jatuh hati pun, maaf saya cuma boleh terima 4 cinta untuk mencukupkan syarat poligami dalam islam. jika duit boleh selamat di jaga bank, jika negara boleh selamat di jaga tentera. tetapi menjaga hati bukan nya mudah. maafkan saya jika segala perkataan yang telah saya ludah tidak menggambarkan sikap mahmudah, malah lebih kepada luahan mengundang padah.

laksa juadah yang sedap di tabur nenas.
baju melayu yang lengkap di pakai sampin.
tulus ikhlas dari saya lelaki sulit naz
mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.

.

19 Hak Bersama Untuk Bersuara:

sibudakRobot said...

Selamat Hari Raya Naz :)

♥CIK SHA♥ said...

selamat hari raya abe naz..^_^

Frogskins said...

Selamat hari raya juga buat tuan rumah.
Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Iklas dari kami di Ray ban Malaysia

Lan Bingka said...

semoga berbahagia di hari mulia..

geeds said...

hang jebat hang kasturi,
selmat hari raya aidilfitri!
:D

Nur Fatin Nabila Zeeyan said...

Selamat Hari Raya Naz. Tahun ni warna apa baju Melayu?

maCy said...

selamat hari raya naz. tahun depan janji raya warna sedondon ya. keh2

emieysandra said...

Selamat Hari Raya Naz!

Amirah Suhana said...

selamat hari raya naz :) hehe

mas saari said...

selamat hari raya naz!
banyak ke dapat duit raya...heheheee

Mimi Saidi said...

kembali di muka surat ini =)

KAMIHIDUP said...

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

PenuliS said...

smpi masa nnti aku blk la kampung!ngee~

*selamat hari raya aidilfitri,naz!*

ishiko said...

selamat hari raya ^^

Azlina Hamdan said...

selamat hari raya naz.. datang kedah jemput mai datang rumah akak

Mira R. said...

selamat hari raya en.naz.
maaf zahir dan batin

syakey said...

slamat hari raya naz!! ;)

norfaridahanum said...

kenapa u puasa x cukup 30?u laki ke perempuan? eh!

maaf zahir batin=)

naz said...

kepada semua selamat hari raya maaf zahir batin :)