RISIK MERISIK

PENYOKONG BLOG MUKA SURAT SULIT NAZ

09 October 2011

peluang



kita sering kali di beri peluang kedua ketiga
dan seterusnya setelah melakukan kesilapan pada pertama kali. malah kita juga di beri peluang berkahwin dua tiga mahu pun empat dan lima jika salah seorang isteri meninggal. itu juga kita panggil peluang untuk mengisi ruang asalkan kita berwang. adakah kita mengambil inisiatif ini untuk menjadi lebih baik? atau kita anggap diri bernasib baik? bak kata pepatah melayu, rezeki tidak datang bergolek, sepertimana apalah dangdut tanpa menari bergelek. peluang yang datang jangan kita sambil lewa, kerana mungkin tiada lagi peluang yang sama datang kali kedua.

bak kata pepatah cina peluang hanya datang sekali.
kalau peluang sudah lali(lari) mana lagi lu mahu cali(cari). bila peluang sudah mali(mari) lu tak payah susah susah mahu culi(curi). kita perlu mencuba, sampai bila mahu tunggu bulan jatuh ke riba? andai kita jumpa lombong emas sekalipun kita kena gali, bukan sekadar menanti emas keluar dari tanah bagai letusan gunung berapi. jangan sekadar membiarkan peluang yang ada di gali sedikit demi sedikit oleh orang lain, dan bila kita pula baru terhegeh hegeh nak menggali dapat nya taik. padan muka kita! orang lain dapat jongkol emas galian asli, kita dapat bonggol emas taik yang geli.

jika kita melepaskan peluang yang di beri,
bermakna kita memilih jalan untuk menghempas pulas mencari peluang sendiri. biar muka kita hodoh, tetapi jangan kita jadi bodoh. mungkin ingin berusaha tidak terlambat, tetapi kita harus akui manusia sebenarnya malas berusaha itu hakikat. tuhan tidak membantu umatnya dengan menurunkan wang dari langit, tetapi tuhan memberi peluang kepada semua umat nya agar bersaing sengit. siapa yang berusaha lebih, maka berbaloi lah apa yang dia dapat walaupun letih. peluang tidak akan datang secara berterusan, ambil lah peluang yang ada sebelum kita berbatu nisan. mana tahu jika berjaya kita berkereta nissan, jika tidak berjaya itu tuhan punya urusan.

tuhan tidak memberi kita emas 24 karat, tetapi tuhan memberi kita tulang 4 kerat.(LelakiSulitNaz)

26 Hak Bersama Untuk Bersuara:

Aweyn said...

berkali-kali diberi peluang tapi dipersiakan dengan mengulang kesilapan yang sama.


begitulah manusia -__-

cimOt said...

tak sedar sedar lagi ke??
itulah manusia..

sepatutnya muhasabah atas segala musibah..

ye kali ini diberi peluang,tp mungkin tidak lain kali..

Nazz@Purple said...

kadang2 manusia tak sedar mana satu peluang..jadi sampai bila2 tak ambil peluang..

buDAK keCIK said...

sebab tu kalu dpt peluang keemasan, jgn ditolak.

peluang dpt sekali je. dh xde siaran ulangan lagi. contohnya, peluang kehidupan. oleh itu, guna la peluang yg diberi Allah ni utk mengumpul bekalan akhirat kelak :)

PenuliS said...

Bagi aku peluang untuk ''menjatuhkan cinta'' pada kau boleh?=p

MaYa MustWany said...

macam terkejut lak tengok dak sombong komen my blog.ha3~

Akulah Pak Lan said...

chance create opportunity

Amirah Jafri said...

berjuang habis habisan ! ^^

mas saari said...

Allah sentiasa beri kita peluang untuk berubah dan perbaiki kelemahan diri... jadi rebutlah peluang tersebut, jangan dipersiakan!

♥CIK SHA♥ said...

kesimpulannya janganlah malas berusaha sebab peluang ada di mana-mana..

Ratna said...

peluang oh peluang
di mana kau peluang ~

naz said...

aweyn-kita lah manusia itu kan aweyn? haha

naz said...

cimot-peluang sekali takkan berulang kali :)

naz said...

nazz-boleh jadi kita takut memilih :)

naz said...

kecik-peluang untuk hidup kita enjoyyy. eh? haha

naz said...

penulis-dengan berbesar hati silakan haha

naz said...

must-ada masa ada lah saya :)

naz said...

lan-always :)

naz said...

miwwa-caiyokkk!

naz said...

masa-sering persialkan peluang yang ada kak. :)

naz said...

sha-saya tak suka cakap simpul2 haha

naz said...

ratna-nak nyanyi lagu bangau oh bangau ya? haha

natasya eddie said...

terlalu banyak bad influence,hasutan..

natasya eddie said...

sebab tu terlepas peluang.haihh

naz said...

sekeliling mempengaruhi diri sendiri :)

faizal said...

bagaimana kalau kita tidak diberi peluang, tergagau kita dalan kegelapan.
jadi gunakan peluang sebaik mungkin..