
Dalam ranjau kehidupan dunia
yang semakin ke penghujungnya, tidak dapat kita nafikan wang adalah segala galanya. maka kan tidak dalam filem 2012 yang menyatakan dunia akan kiamat, tetapi dengan wang membina bahtera canggih manusia akan selamat. dalam islam manusia cuma hidup sekali. jika kita tidak mati, hari kiamat pasti menanti. kalau kiamat pun kita tak mati naz? soalan awak ini buat saya sakit hati, jangan sampai saya terajang awak nanti. selagi hidup kita memerlukan wang, di sebalik usaha pencarian hidup tipu lah jika kita tidak menyimpan hasrat untuk mendapat rezeki yang lebih baik.
bersungguh-sungguh menegakkan perintah-perintah Allah dalam Al-Quran, nescaya mereka akan makan rezeki yang mewah dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). (AL-Maidah : 66)
Seperti semua orang tahu,
rezeki tidak berterusan hari hari. jangan lah kita terlalu taksub menanti rezeki semata, kerana tuhan membahagikan rezekinya sama rata. pemikiran orang melayu tidak boleh lihat pesaing, di jumpa nya bomoh pagar sana sini kerana takut untuk bersaing. jadi lah seperti orang cina, semakin banyak pesaing semakin kuat mereka bersembahyang. letak sekilo buah buahan bagi tuhan makan, bakar kertas bakar colok kasi buang sialan. kenapa tidak kita juga bersembahyang kepada tuhan kita? cuma bentang sejadah tanpa perlu keluar duit untuk beli buah buahan, bahkan buah pisang percuma di masjid lagi kita boleh makan. tak tahu lah pula kalau ada masjid caj ambil air sembahyang macam beli air mineral.
kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi. akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.(As-Syura : 27)
Apabila kita sudah menunaikan kewajipan
sebagai seorang islam, tidak semestinya rezeki kita lebih banyak dari orang lain. jika kita telah berusaha tidak semestinya kita lebih berjaya dari orang lain. perempuan gatal mungkin kita boleh dapat bila mengeyit mata, tetapi segala kemahuan tidak mungkin kita dapat dalam sekelip mata. namun lumrah manusia memang tidak boleh menunggu dan percaya pada rezeki, tetapi wanita lebih sanggup menunggu dan terus di perdaya oleh lelaki. biar rezeki sedikit tetapi datang nya tidak putus putus, jangan rezeki yang banyak tetapi datang nya cuma sekaligus.
sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, adakah Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya? Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq : 3)
kita berkongsi rezeki dari tuhan yang sama, percayalah kita pada dia yang adil lagi maha saksama.(LelakiSulitNaz)
16 Hak Bersama Untuk Bersuara:
Rezeki Allah tuh luas. jgn malas saja
rezeki datangnya dari Allah Yang Maha Besar. so, sebesar2 rezeki itu pantaslah digunakan untuk melakukan perkara2 baik sahaja dan bukan untuk sebaliknya.
mana ada manusia yg tidak memohon rezeki daripada Allah. pastinya kaum Muslim semuanya melakukan perkara yg sama iaitu berdoa meminta rezeki. but apabila rezeki itu diterima, eh, langsungnya di salahgunakan. itu yg perlu kita titikberatkan sebenarnya. :')
berpegang teguh pada 'bukan rezeki kita' dan kalau memang dah rezeki kita pasti apa yg kita hajati itu menjadi milik kita.
rezeki tak akan datang bergolek kalau kita tak berusaha mendapatkannya...
tapi janganlah pulak bila dah dapat rezeki yang banyak kita lupa nak bersyukur kepada Allah!
Saya sukakan entry ni xD
lan-sebenarnya begitu :)
arisha-titikberatkan itu selalu manusia lupa :)
nyanyi-tapi kita tetap rasa hampa dengan takdir :)
mas-moga naz pun tak terlupa :)
fyda-saya suka kan awak. eh ! haha
kalau rezeki aku seadanya apa lagi yang perlu dikata,rezeki itu bukan saja duit dan harta benda
tapi juga isteri dan anak-anak yg mendengar kata.
lme x melawat blog naz...rindu ^_^ nice entry btw
nazzzz..=)
faizal-amboi sampai ke alam perkahwinan terus haha
natasya-thanks sis. lama tak nampak cantik sekarang haha
cimott-sayaaaaaaaaaaaaa :)
Post a Comment