
langit menangis tanpa henti kita mengeluh kerana banjir,
matahari menyala percuma hingga ke senja rungutan peluh mengalir. tiada jalan mudah dalam hidup, tetapi jika panas ada tempat yang redup. kita perlu berenang dalam lautan luas bersama manusia lain tidak kira mereka jinak atau buas. Alhamdulillah rezeki masih di beri, tidak perlu saya menjadi pencuri. jika dahulu saya cuma tukang sapu sampah kini saya di beri kepercayaan memandu lori sampah pula. biar kita bermula dari setapak ke setapak, lama kelamaan kejayaan akan bertapak.
rezeki jangan di tolak, musuh jangan di tembak.
tak pasal pasal kita masuk penjara, padahal tembakan tidak mengena. jika dahulu sebagai tukang sapu sampah saya boleh curi masa untuk kemaskini blog, tetapi semenjak jadi pemandu lori sampah saya terpaksa fokus memandu jika tidak berlaku perlanggaran saya hanya lah penumpang van jenazah. saya harap semua kawan kawan blog muka surat sulit naz jelas terhadap kenyataan ini. bila keadaan kembali tenang, saya akan kembali dengan tunang. ok ini hanya gosip murahan.
masa terus membuli manusia. tetapi tidak semua yang kita
lakukan hanya sia sia. maafkan saya jika mensia sia kan kalian kerana komitmen membataskan masa yang ada. saya cuma mampu berinteraksi secara dekat bersama rakan di twitter, itu pun kerana tertanam aplikasi nya di dalam telefon pintar yang saya guna. jangan segan jangan malu, saya tidak kira status anda dara atau balu. boleh tambah saya sebagai kawan anda di twitter @lelakisulitnaz . saya rindu untuk kembali, tetapi bila saya tidak boleh janji.
.
20 Hak Bersama Untuk Bersuara:
ya kenyataan..
betapa pun terasa pahit
jangan tercalar tauhid..
layan twitter plak..hehehe
mungkin manusia juga ada kebolehan untuk membuli masa. lelakixulitnaz, mungkin kau akan selalu dinanti, biar masa terus mencari ruang untuk kau sendiri.
kenyataan tu harus kita terima walaupun ia pahit untuk ditelan..
lepas ni boleh kita tweet2 ye!
jarang je pun nmpk naz tweet. em ;-\
Masa mengejar,kita berlari...
Tapi sepantas mana pun berlari, tewas juga dihenyak waktu yang tak henti..
Lama tak singgah blog ini..
Kesibukan tak bermakna lupa diri..hehe
entry ni padat tp penuh.. cukup terima kasih naz :D
kalau ada mesin masa aku nak pergi masa depan
anak dara atau balu =..='
haaa muncul pun..hihihi
kan dah tersenyum2.xper2.blog ni tetap mnjdi pilihan tiap kali update.
wah kau sudah ada burung ya naz. haha
:)
kadang kadang rasa susah menerima kenyataan sebenar ,(
Masa semakin pantas berlari manusia semakin semput mengejar..;p
waahh..dah ade twitter..maaf tak dapat ikuti..saye tiade si surung twitt..tidak berminat nak buka..^_^
saya pun rindu untuk kembali.
:(
nice! :D
masa..
setiap perkataan ada mksudnya..
perlukan masa utk menulis di blog.
terpaksa terima kenyataan wlupun kdg2 ianya amat pahit utk ditelan...
jom tweet naz... =))
normally kalu da bertweet msti ssh nak gebang kt cni..xpe ramai yang setia di sini menanti ;)
saya sedang kayuh perlahan lahan :) terima kasih semua. peluk cium kalian haha
Post a Comment