
telur ayam separuh masak
itu lah yang sedap walau berlendir. taburan lada hitam bersama sedikit titik kicap hitam manis menggamitkan lagi suasana lidah yang semakin berair. nafsu manusia tidak terhad pada makanan mentah bahkan secara jujurnya kita juga suka kan budak mentah. BARANG PANAS cukup sinonim sebagai perumpamaan budak mentah. makanan apa pun akan jadi sedap bila makan panas panas, begitu lah juga manusia. maka siapa tak mahu barang panas kan? sedangkan anjing panas(hotdog) pun kita makan. kalau tak mahu nanti orang kata "telur kecut lah hang ni! masalahnya telur memang lah kecut sebab sejuk duduk dalam seluar. naz cukup dengan teori sains awak. tolong sambung penulisan ala ala kulinari awak.
sebelum kita melepaskan
anak anak ke dalam periuk api dunia untuk di rebus sehingga cukup masak mereka masih mentah. jangan biarkan mereka rosak sebelum masak. umpama tarikh nikah 31.30.29 di sheraton hotel tetapi tarikh malam pertama 13.12.11 di shaiton(syaitan) hotel. selalunya yang kita percaya anak anak tidak boleh buat itu yang mereka akan buat, dan yang kita takut mereka boleh buat itu yang mereka takkan buat. percaya lah mereka akan belajar dari kesilapan, mereka tidak akan belajar dari ketidakpercayaan. lumrah manusia apa yang kita larang, itu yang kita langgar. apa yang kita suruh, itu yang kita bantah. tetapi hanya dari situ mereka akan belajar buat pembetulan.
soal berkawan boleh tetapi jangan
berlawan siapa lebih hebat. inilah budaya budak baru nak naik, kementahan buat mereka tidak berfikir sebelum rosak sebusuk taik. kawan pakai baju seksi nampak lengan kita pakai seluar seksi nampak peha hingga di rogol. kawan bawa motor aksi meniarap, kita bawa motor hingga terbaring di hospital. saya hanya mula menonton wayang pada umur 18tahun, tetapi selepas itu saya mula menonton filem 18SG 18PL 18SX aww saya suka umur 18 tahun. saya juga punya kawan yang ambil dadah atau pil saya juga punya kawan yang kaki minum dan kaki perempuan tetapi dari situ saya menilai baik buruk yang sering kita dengar. mereka kawan yang baik tetapi apa yang mereka makan minum itu tidak baik.
sebelum kita membeli makanan
kita akan melihat tarikh luput dan cop halal pada setiap produk. begitu lah juga setiap perkara yang akan kita jumpa dan lakukan. ambil masa untuk menilai baik buruk sesuatu perkara sebelum ia menjadi makanan kita di dunia. biar makanan kita murah, tetapi jangan maruah kita lebih murah. makanan yang kita makan sepatutnya buat kita kenyang, jangan makan makanan yang buat kita ganyang(binasa)(musnah)(hancur). biar kita jadi mentah liat untuk di makan, jangan kita jadi mentah yang mudah di rosakan.
makanan(perbuatan) yang halal memang akan buat kita cepat muak, makanan(perbuatan) yang haram buat kita ingin mencuba walaupun cuak - LelakiSulitNaz
.
24 Hak Bersama Untuk Bersuara:
betul tuh,mana yang tak patutla lagi mereka nak explore.huhuh
ehh,teringin lak mlam2 ni nak makan telur ayam spruh masak..nyum2..
ditegah,
terus melatah,
terlajak dah payah.
mmg melentur buluh dr rebungnya.
didikan dari kecik. tu yang sepatutnya. marah dan nasihat tu kan tanda sayang. =)
rindunyaa nak baca blog naz!
perumpamaan yang bagus.
didikan awal oleh ibu bapa tu penting..
sebuah entri yg mempunyai maksud yg mendalam...nice.
Takkan ada perkataan perubahan dan pembetulan jika tak melakukan kesilapan,manusia kadang-kadang akan lebih berhati-hati selepas melakukan kesilapan
you're right!
yang haram tulah yang sedap dan selalu nak dibuat..
Janda hot mcm mana plak? haha
budak mentah..lg dilarang lg dibuat..like dis entry ;)
entri yg bgus..sya suka mkn telur goreng :)
must-saya tak makan telur separuh masak haha
cimot-kalau lentur tempat lain tak boleh ker? haha
rara-itu boleh bikin satu pemberontakan haha
myza-naz rindu nak baca komen myza haha
fatimah-thanks babe:)
naz-sangat penting. itu ilmu pertama yang mereka belajar
faiz-thanks. berenang hingga ke dalam haha
azra-belajar terima dan mendengar sebelum menghentam :)
mas-memang jadi sedap kalau jahat2 ni kak :)
lan-yang itu dah masak tapi di panaskan balik hahahahaha
era-biasalah kan:)thanks
nina-saya pun sukaa letak bawang sekali :)
Post a Comment