
masuk kandang kambing mengembik,
peribahasa yang mengajar kita untuk mengikut keadaan sekeliling. masuk kandang singa kita di baham. masuk kandang ular kita di patuk. tidak semua perkara sekeliling akan menyebelahi kita, ada masa keadaan sekeliling akan berkelahi dengan kita. melainkan masuk kandang anak ikan(gigolo) yang datin jadi rajin keluar ke pasaraya, masuk kandang bapak ayam(pelacur) yang datuk rajin ke luar negara. katanya ingin membuat kerja amal di negara bergolak somalia, rupa rupanya sesat buat kerja gatal di negara australia. lumrah manusia hanya mahu berubah bila sampai hidayah, kerana kita tidak mahu berubah dengan bersusah payah. begitu juga ketika sesat kita hanya mengharapkan seorang yang mampu membantu, tanpa kita sedar kadang kadang mereka lah hantu.
siang malam silir berganti
tetapi setiap hari dugaan datang mendekati. jangan membezakan dia sekolah pondok agama atau kau sekolah menengah antarabangsa, jika tidak menggunakan ilmu yang ada kita akan binasa. cuba bayangkan apabila budak sekolah agama masuk kelab malam, minum arak di mulakan dengan lafaz bismillah, masuk bilik gelap bagi cerah dengan doa penerang hati. nampak ayam(pelacur) seksi baca doa makan, sebab rezeki banyak ayam(pelacur) boleh di makan malam ini. selepas sudah kenyang minum arak kenyang makan ayam(pelacur) di sudahi dengan lafaz alhamdulillah, wah wah sudah tahu haram masih ada islamik kau.
jangan ingin jadi hebat seperti orang lain
jika ia memburukan lagi keadaan. jadi lah hebat untuk orang lain memperbaiki keburukan. jika kita masuk kandang harimau mengaum seperti kita mengikut sahaja betul salah mereka. dia mencuri kau minta bahagian sikit, akhirnya kau di bunuh sebab yang dia bagi sakit. umpama kita nampak orang sesat, kita tidak cuba membantu bahkan kita menjadikan keadaan lebih buntu. saya faham orang sekarang amat sukar di tegur, daun yang mekar hijau akan tetap kering dan gugur. siapa yang dahulu makan garam, sepatutnya tahu rasa masin bukannya tambah rasa masam.
jangan sesat di tempat yang kita tidak mahu pergi berulang, biar kita sesat di tempat yang kita tahu jalan pulang. - LelakiSulitNaz
.
26 Hak Bersama Untuk Bersuara:
mudah2an kita tidak akan tersesat..
terpesona dengan entry nie..teguran yang baik..
ada betulnya. kalau ada masa sama2 baca tafsir quran, tentang munafikun. ini antara contoh diskripsi kita yang semakin munafik. thank u for sharing
insyaAllah kalo kita ikot perkara2 yg baik kita x sesat..jgn ikut membuta tuli je kan kan ;)
terbaik entri. terima kasih atas perkongsian hang naz. gua suka.. moga kita tidak sesat bro. inshaallah.
very the like..
harap2 yang tersesat kembali kepangkal jalan. yang tak sesat semakin teguh iman :)
semoga kita tidak terus sesat... kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat!
semoga kita sentiasa dilindungi dari kesesatan..amin..
sesat biar tahu jalan pulang? Tapi lebih baik ambil jalan terang dan sahih2 lurus lah dr bengkok kiri kanan sesat adanya. kan?
that's why people around us very important.to remind us, to realize us..
Bila mana kita tahu kita sesat, tetapi masih tidak mahu cari jalan yang benar. Maka kita telah panduan
pernah berharap kembali jalan lurus,alih2 dibawak makin jauh sesat..hemm..terpaksa berusaha sendiri dari keluar n menjauhkan diri.
nazz, suke ayat kaler merah ko tu...
nyanyi-minta simpang :)
nasha-awww thanks :)
dyla-cuma pandangan :) bukan tuduhan yaa
eera-orang buta memang tak boleh ikut mana2 jalan haha
razik-harapan saya juga tidak sesat :)
jannah-amin :) thanks
mas-semoga sempat :)
sha-saya nak perlindungan lebih boleh? haha
fifie-kita tak boleh lari dari sesat kadang2 :) but jalan lurus is the best lah kan
cimot-agree :)
lan-setuju :)
mas-dunia luas kita lari pun masih sama jalan nya :) jadi hati hati lah kita
thea-awwww suka lah i sekali hahaha
Post a Comment