
Celik mata hari ini buat diri terasa
bagai menggantikan yang di pertuan agong. beta di limpahi dengan ucapan kasih sayang dari segenap rakyat jelata yang kacak mahupun jelita melalui laman sosial seperti muka buku burung biru dan telefon pintar. dalam kemasyhuran yang beta terima, dengan ini beta mencemar duli bahawasanya hari ini cuti umum bagi seluruh negeri jajahan beta. sayang sekali hari ini semua rakyat beta harus bekerja kerana beta bukan sultan sebenar. namun terima kasih buat kalian semua. ciuman terbang dari saya lelaki sulit naz. seperti kebiasaan dalam setiap ucapan hari lahir
1) semoga panjang umur
hari ini genap umur saya menjangkau 24 tahun.
umur sekadar angka yang muda akan jadi tua bangka. namun hidup mati tiada siapa boleh jangka. saya tidak mengharapkan umur yang panjang, padang mahsyar menantikan saya untuk bertelanjang. bunyi nya seperti kelakar, tetapi saya sudah bersedia ke neraka untuk di bakar. tipu lah jika saya tidak takut mati, tetapi sebagai umat telah banyak dosa yang saya lakukan sesuka hati. saya tidak cuba menentukan tempat di akhirat, tetapi kita lebih tahu di dunia ini apa yang kita telah buat. semoga angka kelahiran yang berubah, diri sendiri mampu di ubah.
2) semoga murah rezeki
soal rezeki Alhamdulillah lebih baik dari sebelumnya.
maka kan tidak saya sudah mampu memiliki tilam baru, naz kau beli tilam baru pun nak kecoh ke? sekurang kurangnya saya bersyukur sebelum nyawa pendek dan saya bercukur bila bulu bulu sudah panjang. dan lupa nak beritahu kalian, saya juga dah mampu beli pencukur bulu baru jenama gillete. naz pencukur pun kau nak kecoh ke? eh tak semua orang mampu miliki maka itu juga kita panggil rezeki.
3) semoga bahagia disisi insan tersayang
bak kata orang tua tua pada umur sekarang
dah boleh kahwin pun tetapi entah kenapa saya rasa hati kosong bagai tidak pernah berfikir soal kahwin. mungkin belum sampai seruan, dan saya sendiri juga masih belum mampu menunaikan kesemua seruan azan. saya tidak pernah menyambut hari lahir bersama orang luar selain ahli keluarga sendiri. saya tidak kisah tidak mendapat hadiah yang banyak, kerana ahli keluarga saya adalah hadiah yang setiap tahun saya dapat dari ALLAH sejak lahir. saya harap hadiah ini kekal hidup sehingga saya mati.
hidup manusia bermula bagaikan kain putih yang suci, lama kelamaan kita bagaikan kain kotor yang harus hari hari di cuci - LelakiSulitNaz
.
47 Hak Bersama Untuk Bersuara:
wish always luck
age is just a number, but your personality, attitude, and lifetsyle will showing how matured you're!
happy birthday. have a very happy and blessed one..:)
usia hanyalah satu angka tapi bagaimana kita nak manfaatkan usia kita yang masih berbaki itu adalah yang paling penting dan bermakna!
Selamat Hari Lahir Naz!
semoga semoga itu semua boleh diibaratkan macam doa.. :D
*kata kata itu kan doa...
*lama tak nampak kau ;D
selamat panjang umur dalam keberkatan Allah Taala..
selamat dtg ke alam tua. haha
Dah lama sangat tak baca nelog naz, Harap sukses selalu ya? amin.
selamat ulang tahun lelaki sulit..=)
HAPPY BIRTHDAY TO U NAZ... =)
selamat hari lahir :) Allah Bless!
selamat ulangtahun, selangkah kamu ke hujung usia. moga dirahmati NYa
assalamuailakum naz..lme sgt sy x singgah belog kamu.. :)
selamat ulangtahun yang ke 24.. :)
wahh bday hari ny?
131211?
semoga bahagie dunie akhirat !
salam, happy birthday naz..may Allah bless u always
belum sampai seru la tu. baru 24 tahun. muda lagi. :)
selamat hari tua encik naz yg disayangi ramai..^_^
semoga dirahmati Allah selalu..
Selamat hari lahir.Semoga kehidupan diberkati,cinta direstui,bahagianya abadi...dan sentiasa di bawah lindungan Ilahi..amin~
^___^
untuk abg sayang..euwwwwwww
http://akupunyepasalaaa.blogspot.com/2011/12/selamat-menyambut-hari-1tahun-lagi.html
selamat hari jadi abglong. semoga sentiasa sihat dan pnjg umur. sorry lmbt sehari wish :D
selamat hari terjadi abam naz!!
:)
ooo 24 rupanya..lalalala
happy birthday too(again)hahah
selamat hari jadi bro.. moga dimurahkan rezeki... dah pekena ke kopi janda?? hehe
untuk semua kawan kawan muka surat sulit naz. terima kasih untuk segala doa serta ucapan kalian :) harap kalian juga mendapat sama sepertii apa yang saya dapat.
:)
anum - tq babe:)
arisha - awww harap semua jadi lebih baik :)
kak mas - harap ia jadi lebih bermakna :)
aqmal - cuti panjang sebab tu lama tak nampak :) thanks
nyanyi - amin :)
lan - gua tak takut tua haha
mira - terima kasih amin :)
hun - thanks hun :)
sue - thanks kakak cantik sue
dyla - amin ;)
ada - salam :) saya yang sudah lama tiada di sini. thanks ada
husna - amin :) amin
faizal - god bless u too :)
rara - ajal tak kira umur haha thanks
sha - awak pun sayang saya lah kan ahaha thanks
aira - amin hendaknya :)
cimot - awww untuk abang lah haha thank you very much cimot
ina - lambat wish tak kisah. hadiah tade ni apa cerita?
kecik - thanks adik comel :)
must - yeap 24:) thanks must
razik - thanks bro. janda? kopi duda tade ke? haha
fat - :)
semuga setiap hari akan dtg kelak,bertambah baik.=)
Post a Comment