RISIK MERISIK

PENYOKONG BLOG MUKA SURAT SULIT NAZ

19 January 2012

Lari



Celik sahaja mata hati sudah tidak tenang,
adakah perlawanan hidup hari ini kita kalah atau menang. kita tidak boleh terlalu yakin tetapi kita harus berani mencuba, kerana toleh sahaja ke belakang semua orang di dunia sedang berlumba. kita hebat berlari bila di kejar anjing hingga dalam seluar terkencing kencing, tetapi kita henti berlari bila tekanan hidup semakin berat untuk di jinjing. semua orang pernah terjatuh, tetapi apa membezakan kita luka siapa yang cepat sembuh.

saya akui kegembiraan boleh hilang dalam sesaat,
namun kesedihan menghalang kita untuk gembira setiap saat. saya juga punya sakit untuk di telan, kadang tak mampu berlari cuma berjalan. karakter lakonan di dunia buat kita nampak kuat. sedangkan bebanan skrip hidup bertambah hingga tidak muat. tuhan akan terus menguji dan menguji, walau kita sudah lulus ujian dengan sifat terpuji. jika gagal memang lumrah kita cepat mengalah, bila sudah menang percaya lah kita tidak mahu lagi kalah.

Amalan itu bekal mati di akhirat,
selagi hidup kita perlu cekal dari melarat. tuhan kurniakan kita keluarga bukan untuk bermadu tiga. tuhan kurniakan kita kawan bukan untuk berlawan. tuhan kurniakan kita rumah tangga bukan sekadar melepaskan nafsu yang dahaga. andai kita terjatuh ke dalam selut ada yang mengeluarkan kita dari belukar, genggam erat tangan yang menghulur kita akan cepat keluar. andai suatu hari kita terjatuh ada yang membalut luka, tetapi untuk cepat sembuh semua terpulang pada kita bukan mereka.

terus berlari walaupun sakit terpaksa kita tahan, jangan biarkan sakit memakan kita perlahan lahan. - LelakiSulitNaz

.

8 Hak Bersama Untuk Bersuara:

Dila azie said...

Perkara biasa orang kata , setiap kejadian ada hikmah-Nya , but it really works when we trust it (:

wawa meiko said...

Memerlukan sokongan untuk meneruskan larian tapi kadang-kadang kalau kita seorang pun dah memadai untuk memotivasikan diri cuma , kita perlu matang dulu lahhh . h e h e :)

mas saari said...

kita tak boleh lari dari qada dan qadar... apa pun terjadi kita kena terima! jadi bersyukurlah dengan hidup kita sekarang..

Mira R. said...

" SAYA AKUI KEGEMBIRAAN BOLEH HILANG DALAM SESAAT,
NAMUN KESEDIHAN MENGHALANG KITA UNTUK GEMBIRA SETIAP SAAT. "

terus melekat di minda. tatkala itu, aku teringatkan seseorang yang aku tahu, dia tidak akan menjadi milik aku. sukar untuk ditafsirkan. aku tidak suka satu hari aku gelak-gelak, tapi esok aku bersedih hati. perit.

naz said...

dila-harap begitu lah :)

naz said...

wawa-ambil masa :)

naz said...

mas-syukur lebih baik dari tersungkur:)

naz said...

mira-saya pernah merasakan :)