
sedang lalai memerhati anak dara melintas,
saya memandang dari bawah hingga ke atas. naz apa yang awak pandang? saya pandang apa yang lelaki pantang, pantang nampak. tiba tiba kereta di hadapan menekan hon acap kali, tertanya juga apa yang kereta mewah ini sedang maki? geleng kepala saya, hanya kerana seorang wanita sedang mengayuh basikal buruk perlahan membawa anak nya pulang dari sekolah ketika jalan sedang sesak. saya selalu terfikir orang kaya pasti pernah merasa miskin, hingga adik lelaki terpaksa memakai seluar dalam kakak nya. orang yang mewah pasti pernah merasa susah, hingga baju dalam sudah sendat kerana badan yang sudah padat.
kita yang hidup dalam serba serbi ada
sangat sangat bernasib baik, tetapi masih ada yang belum puas dari yang kurang bernasib baik. setiap manusia punya hati dan perasaan, jika tuhan sedang menguji mereka dengan kesusahan, jangan lah kita sebagai manusia mengkeji mereka dengan penghinaan. jangan kerana kita mengejar masa dan materialistik, kita tidak boleh bersikap realistik. orang yang mengayuh basikal tidak akan bergerak laju seperti kapal terbang. orang yang duduk dalam kereta mewah berhawa dingin pun tak boleh sabar ke bang? hon lah beratus kali pun ia takkan membantu, manusia hanya mampu mengayuh basikal dengan laju bila nampak hantu.
taraf kehidupan hari ini menjadi jurang,
perikemanusiaan kita bersama manusia lain menjadi curang. tuhan suruh kita saling bantu membantu, tetapi yang susah bertambah anak lagi satu, yang senang menambah isteri lagi satu. mudah untuk kita berkata tiada darjat antara manusia, tetapi itu cuma slogan penyedap hati, adakah kita boleh percaya? sedangkan ia cuma mimpi yang amat sukar jadi realiti. baju dalam kita boleh nampak warna apa kalau berbaju putih, tetapi hati orang kita tidak tahu warna apa walau dia berkulit putih. jika kita pernah berada di bawah sebelum di atas, orang lain juga akan sampai ke atas. cuma jangan kita lupa daratan bila sampai sana, sedangkan dahulu tempat kita juga sering di hina.
sukar melupakan susah senang ke puncak kejayaan yang telah kita capai, tetapi agak mudah untuk kita lupa pada daratan apabila sampai. - LelakiSulitNaz
.
12 Hak Bersama Untuk Bersuara:
mari kita cari titik persamaan, jangan besarkan titik perbezaan
salam......kau boleh tenguk dunia ini dan perasaan kejam tambah terasa. Kebaikan sudah sama nilainya dengan keburukan sepertinya menimbang sekati kapas dan sekati besi
orang kaya memang selalu angkuh dengan harta dan pangkatnya, tapi dia lupa yang rezeki yang dia dapat itu semuanya datang dari Allah..
orang sekarang berlumba-lumba cari harta dunia, lepastu jadi takbur, riak.
terbaik wak...
jurang hanya akan hilang bila kita ketemu DIA bertelanjang.
mira-titik kadang kecil susah nak nampak agaknya :)
panglima-kita tidak menilai sebenarnya tetapi kita meletak harga pada orang sesuka hati.
mas-mungkin di dunia dia sentiasa kaya jadi kita terlupa :)
gua-kita belum tahu diri kita bagaimana jika di tempat mereka
sarah- :)
hanisah-itu perbezaan yang kita tak nampak bila hidup :)
Post a Comment