KAKI SKODENG

KAUNTER PERTANYAAN


ShoutMix chat widget

09 February 2010

bayang mencari siang

Photobucket
sendiri berdiri.
berpandu pada campur baur bisikan.
lorong kecil malap. itu selekoh kanan.
bersimpang empat. jalan ahhh berlopak.
hati berdenyut terfikir melangkah kembali.
langkah berpatah atau percaya. percaya apa
yang menanti. di hujung jalan tanpa jemu.

jalan besar lurus tanpa arus. itu kiri.
belok ke kiri dihiasi cahaya lampu mengiang.
kemana arah tuju kita? ahhh jangan soalkan.
ini bukan masa untuk kita remeh fikirkan.
cahaya neon tidak putus putus melimpah.
bergoncang dada dengan nafsu. tak sabar
untuk tahu apa di sana. puas terpancar.

bayang bayang. membunuh mencari siang.
mendung terlalu zahir dalam cahaya hilang.
mimpi bukan aku bikin sendiri. tidur bangkit
bagai lahir semula. semalam hilang hari ini
datang. datang. dan esok lusa berselang.
entah apa yang aku cari. milik hakiki? minit
berbaki? datang dan pergi. tiada yang kekal.
aku ingin menggengam satu semesta. tapi
aku cuma mampu milikki erat sehasta.

karya ahmad nazri

05 February 2010

serba serbi

Stacks. Pictures, Images and Photos
wey pinjam.
perkataan yang orang ramai tak suka mendengar
tapi masih memberi haha. masih tak ikhlas tapi tetap
memberi. betapa mulia nya kita ketika itu dimata
penerima. ahhhh termasuk lah diri ini ya sendiri. aku
tak sampai hati lah. tapi bila dah bagi pinjam nak
pulangkan macam aku pulak nak pinjam barang dia.
agak agak la bai. cd ong bak gua pun lu tak pulang
lagi? apa kes? dah tengok kan? jadi ku seru pulanglah.
itu cerita seni pertahanan diri. bukan seni tak tahan diri
kalau kau tak tahan tu aku faham lah jugak. hahaha.
jadi bila ada masa kali kedua kau nak pinjam. memang
harapan la aku nak bagi pinjam tapi aku tetap bagi
korang. aku bagi alasan haha

aku memang kurang kawan kawan.
jadi aku memang jarang pinjam dalam hidup aku. tapi
masih ada saudara mara pulak. tarrrraa selalu yang lagi
makan dalam bila peminjam itu datang dari darah darah
kilang yang sama tauke. tak bagi saudara. tak bagi nanti
kata anak dara kau bagi pinjam. saudara pun tak boleh?
ah itu biasa berlaku. sebab kau teruna hahaha. mampus
esok dia datang jadi mak nyahh. awwww megan foxxx.
aku lemah aku rebah haha.

paling beban bila nak beri pinjam duit.
haihhhh aku paling risau orang nak pinjam duit. bukan
kedekut ke apa. sebab aku ni pemalu nak minta balik
hutang dorang kat aku hahaha. padahal dah kering ni.
entah kenapa aku tak sampai hati walau dah sampai
masa yang dorang janjikan. tapi dorang buat macam
takde hati nak bayar jer. last last. sampai hari raya.
salam minta halal. haihhh ini soal duit yaww. dunia
sekarang main duit. duit mampu buat anak beranak
membunuh keluarga porak peranda. apa kan lagi
kawan kawan kan kan kan?? itu yang jadi kena bom
macam atlantuya. cantik menarik tertarik kau kena
boom hahahha. sesuai lagu ni untuk u antlantuya.

kira bagus lah pinjam antara kita ni tiada bunga.
cuba masa pinjam korang kata nak bayar lebih aku
jamin tangan aku hulur enam jari. haha ini tak yang
hutang lama tak habis yang baru nak kikis. kau ingat
aku pelukis? pelukis wang? haha nasib lah orang
panggil aku abang long. kalau ah long. nyawa kau
aku lelong! marah diri sendiri sebab susah nak kutip
hutang hahahaha!

petikan kitab sulit naz :
umpama kura kura malu ada cenkerang

03 February 2010

rojak malaysia

Photobucket
bahasa malaysia
bahasa yang kita guna dalam seharian walau kadang
kadang aku guna bahasa cina yang telah disonsangkan
berbunyi kanina buwe cau cin cau. haha ah ia bunyi
lebih sopan bukan? aku gemar menapis amarah untuk
mengelak dari dosa hahaha. kalau kawan aku pulak
marah dia suka pakai ayat kepala bot lah. haha. faham
faham je lar ye. kami boleh berkerja di wisma penapisan
bahasa kotor tahu tak haha.

bila jumpa bangsa lain pulak. dey macha tanni gelega
haha ini bahasa bila aku berbual dengan kawan kawan
sekerja india. agak agak marah dey pundi mane
ahaha
pundi kencing ke apa? haha sila jangan tiru aksi lasak
mulut aku berbicara.
pelik kan kita selalu tahu bahasa
lain tapi yang kotor kotor jer kita lebih tahu. kenapa ha?
cepat dan pantas sesi pembelajaran nya.

sekarang bahasa semua di cantas menjadi lebih pantas.
apa cer? wak lu cer! haha. dulu kita panggil yang jual
roti naik motor keliling kampung tu bhai roti. sekarang
panggil kawan apa cerita bhai
? lihat lah betapa satu
malaysia nya kita haha. bukan banggali sahaja ada.
macha lu kat mana? ini india kacuk cina lu kat mana
bhai
? cina kacuk banggali. bila datang gila. di mana
tuan hamba
? ini bahasa nostalgia. wak lu nostalgia. ni
bahasa jawa kacuk cina haha bayangkan bila kita jadi
seakrab ini dalam bahasa? ini bahasa malaysia kah?
nampak seperti satu malaysia pula disitu. ada beran?
bayangkan bila bahasa kita makin lama makin pendek.
ma da mas? sa na kan. haha rasa janggal gila siot. aku
panjangkan ayat tadi : mak dah masak? saya nak makan.

gua sekarang pun panggil kawan gua bhai. ada masa
gua panggil kawan gua lu. wa caya sama lu. bayang
kan. tapi biasa nya orang melayu sahaja yang guna
ayat ayat begini. orang cina orang india guna awak, saya.
apa kes? aku bukan mempersoalkan bangsa malaysia di
sini. tapi kelihatan kita sangat terbuka dalam soal bahasa.
aku pun gunakan ayat sama. aku tak suka panggil orang
guna aku atau kau. dalam blog kalau aku balas komen
sekali pun kalau perempuan i atau u jer. kalau lelaki gua
dan lu je aku guna. kalau lelaki tu nak aku guna i dan u
pun aku tak kisah. takut nanti dorang kata aku gay jer haha.
sebab entah aku rasa lagi ok kot macam tu. bukan lah
nak kata aku sopan santun. tengok bahasa lain mereka
takde aku atau kau awak atau saya. macam english suka
tak suka pun u dan i mereka guna. bahasa cina wo dan ni.

takkan bila bercinta awak saya. bila berduka kau dan
aku hahaha. tak adil lar. bila berkawan awak dan saya. bila
dah kahwin sayang dan abang. bila cerai berai kau dan aku.
kenapa bah kenapa bah kau berubah? kenapa bah? kenapa?
haha. wak lu! apa kes? apa cer ni?

01 February 2010

muka surat baru

Photobucket
Assalamualaikum dan salam sejahtera blogger dan yawww.
rindu saya tak rindu saya tak? awww aku tahu korang rindu.
aku pun sama rindu. tapi rindu orang lain haha wellllkkkkk.
maaf ya lama aku menghilang. rasa nya tak perlu terangkan
kenapa. dalam masa yang aku ambil untuk berfikir secara
waras untuk menerima takdir tanpa was was. kenangan
yang buat aku kembali pulih. kenangan itu yang buat aku
kembali senyum. jika dulu aku berada di atas. jadi kenapa
tidak aku merasa kembali berada di bawah pula. ok biarkan
takdir tentukan segala. mana tahu jika ada. ada keajaiban.

Aku anggap bab maharani dalam penulisan hidup aku
tak mampu aku sempurnakan. aku dah berikan yang terbaik
sebagai seseorang. dan aku takkan tutup bab maharani.
sebab bukan aku. aku tak pernah nak tamatkan cerita ini.
biarkan. aku akan tinggalkan beberapa muka surat untuk
bab maharani. dan masa sekarang aku nak buka bab baru.
ohhhhhh yeahhh tiada lagi kisah cinta yang berputik tiada
lagi ayat ayat romantik. hingga satu masa nanti ia kembali
berdetik. ada sesiapa yang nak menggedik? haha

terima kasih kat kawan kawan yang menghantar kata kata
semangat disetiap pelusuk cawangan alam maya aku. tak
sangka korang ambil tahu pasal hidup aku. yang tak kenal
pun muncul memberi semangat. rupanya mereka pembaca
paling menyeramkan dan tetapi mereka muncul untuk
tenteramkan aku haha. silent reader korang memang best.
lepas ni aku nak tulis aku mati baru korang nak keluar nak
tunjuk muka agak nya haha. pada kawan kawan yang
membongkar rahsia masing masing untuk menenangkan
aku dikala bulan bermain piano. rahsia korang rupanya
sama ceritera nya haha. terima kasih

ada yang kata bunga tak sekuntum.
hai kawan. bunga memang berkuntum kuntum. tapi nak cari
yang harum bukan senang. nak cari yang mekar bukan senang.
tapi kalau kumbang bukan seekor itu ya. kumbang semua sama
takde yang bau wangi pun hahaha. tapi tapi tapi banyak spesis
ok. jadi pandai pandai la cari bunga yang harum kumbang yang
spesis nya bagus. bercakap tentang hikmah. aku rasa aku dah
faham sedikit demi sedikit hikmah semua ini berlaku. mungkin
aku tak layak buat maharani dari segi banyak aspek.malam tadi
seharian suntuk aku ulang ulang mesej maharani dari mula
kenal. haha ia buat aku tenang dalam rindu. sebab aku rasa
bangga pernah dampingi orang macam maharani. dia buat aku
rasa hebat. ada sesiapa berani mencemar duli maharani di hati
beta?? ahh aku harapkan megan foxx atau jessica alba. haha

satu berita gembira.
aku menang contest pantun KAU YANG AKU CINTA
oh yeahh.
karya terakhir aku pada maharani. hadiah nya cash money yaw.
jadi maharani royalti kamu aku gantikan dengan jommmm mcd
haha. terima kasih buat penganjur helena. dia patut up markah
sampai 100 ker. baru gempak dapat cash nya. sykur la naz oii
ok ok thanks helena. dia hampir bankrup disebakan contest.
eh lupa nak minta tambahan hadiah pakej spa milik u helena.
awww geli geli jangan urut i hahaha. aku masih menanti 3
hadiah kemenangan contest. murah rezeki yaww dan harap
mahal hadiah nya yawww hahaha

kawan kawan. aku kembali untuk memastikan muka surat
sulit naz lebih menyulitkan. aku taknak korang kata aku tiada
alat sulit haha. harap aku masih punya pembaca seperti dulu
kala. selamat bertemu kembali. satu ayat bukan satu makna.
aku harap mendapat kembali sentuhan tanpa sebahagian.

22 January 2010

atas nama cinta

Photobucket
penulisan kali ini berkenaan aku dan ieka atau lebih
dikenali sebagai maharani. aku dah melamar ieka yaw.
haha sila jangan percaya. penulisan ini memakan hari
amat lama untuk aku habiskan menaip. sebab banyak
yang aku nak jelaskan. walau ia cuma sekelumit. tapi
ia sesuatu yang rumit untuk buat aku terima segalanya.
setiap satu perenggan aku nak habiskan bagaikan
hujan air mata berderai. haha cewaahh tragik sungguh.
aku sering menulis tentang takdir. setiap bulan ucapan
aku pada ieka diselit dengan takdir. takdir takdir takdir
sesuatu yang telah tertulis. yeah mungkin bisa buat
aku menangis. mungkin buat aku terguris. tapi aku
tak mampu menepis. selain menerima qada dan qadar
yang telah ditentukan. yang kini menjadi kenangan
terindah dan termanis pernah aku lalui. aku tak pernah
jadi rasa sehebat ini. terima kasih Nur Atiqah Razali.

sebelum ada apa apa spekulasi. dan tanda tanya.
aku tak tahu macam mana nak mulakan. secara jujur
aku mulakan dengan meminta maaf pada pembaca
muka surat sulit naz. kerana episod maharani dalam
hidup aku sudah berakhir. luahan lelaki lemah adalah
penulisan terakhir aku buat ulang bulan cinta aku
pada Nur Atiqah Razali atau maharani. cinta pertama
aku. yang sering aku agung agungkan. 22 tahun aku
menantikan seseorang yang mampu menjaga diri ini
hati ini. kini pergi. pergi meninggalkan aku sendiri.

aku tahu korang mesti tertanya tanya kenapa boleh
jadi macam nie. pada mula nya aku juga malu nak
ceritakan realiti sebenar kenapa mengapa kerana
apa punca boleh jadi begini. jujur nya aku juga
buntu menerima jawapan punca perpisahan ini
berlaku. sekelip mata aku hilang. aku hilang dari
sebahagian diri ini. tiada masalah yang mampu pun
menggoyahkan perasaan cinta antara aku dan
dia. telah aku jaga telah aku berikan yang terbaik
selama bersama maharani. aku minta maaf pada
korang yang sering mendoakan kebahagian aku
bersama maharani. yang inginkan aku pinang dia.
kahwini dia. punya cahaya mata bersama dia. itu
impian hubungan ini. tapi aku minta maaf. tak dapat
sempurna kan ceritera cinta aku. aku tak dapat
membahagiakan maharani lagi seperti apa yang aku
impikan. dan dia juga impikan. aku masih ingat bila
dia pernah berkata : bubu sekarang i ada rutin baru.
lepas solat i akan
doakan hubungan kita.
tapi segala
nya tidak mampu mengubah takdir yang tertulis.

aku harap segala yang berlaku. korang tidak salah
kan sesiapa dalam penulisan kali ini. kerna ini takdir
aku. takdir yang aku sudah jangkakan dari awal. tapi
bukan begini yang aku jangkakan. tidak aku jangka
kan sekelip mata. takdir yang aku jangkakan mungkin
aku
akan ditolak kedua ibubapa maharani. yela aku
cuma
orang biasa berkerja di kilang. berjawatan biasa.
gaji
yang cuma RM1000 ke RM2000 sedangkan anak
mereka
orang terpelajar. itu lumrah dunia. ia bukan
materialistik. umpamakan kita juga akan jadi ibu bapa.
mesti berat untuk ibu bapa melepaskan anak mereka
pada lelaki yang terang terang setakuk bawah anak
mereka. mampu ker aku menjaga anak mereka? ? ?
mampu ke aku menjamin kehidupan anak mereka? ?
jika halangan ini mungkin aku sudah bersedia dari
semenjak aku bermula bersama maharani. sebab aku
serius. dan aku tahu dimana tahap aku berdiri.

sejarah terdekat dengan aku. makcik aku dua orang
pernah mengalami situasi sama. makngah dan mak
ucu aku berkelulusan universiti tetapi pakcik aku
bawah mereka. kesukaran mereka mendapat ikatan
persetujuan dari atuk aku sangat susah. tapi akhirnya
cinta mereka bersama direstui. yeah aku juga belajar
dari cerita mereka. aku bersedia. aku tahu. aku terima
semua tu. atas lumrah aku juga manusia. walau mama
maharani pernah berkata pada nya : mama tengok
orang
sekarang kahwin macam jual anak. tapi mama
nak ieka cari yang
soleh mampu jaga serta didik ieka
dan anak dalam agama juga. yang lain kita boleh
usahakan.
tahu apa maharani katakan pada aku ketika
itu? dia cuma berkata : i bayangkan u bubu bila mama
cakap
camtu. sejak itu aku berpegang dengan setiap
keyakinan yang dia beri pada aku.
sepanjang aku
bercinta. dalam kepala aku cuma ini sahaja halangan
buat aku. aku cuma fikirkan penerimaan dari ayah dan
mama maharani terhadap aku bila masa
nya tiba nanti.
ini sahaja yang aku fikirkan. jika aku diterima. aku akan
janjikan yang terbaik untuk bahagiakan anak mereka.

walau sebelum ini berkali aku pernah bertanya pada
maharani tentang perbezaan diri aku dan dia. tapi dia
meyakinkan aku. dia cakap : mama cakap kita boleh
pilih pasangan hidup sendiri. tapi yang lain
kita boleh
usahakan bersama nanti
. dan itu lah yang aku pegang
hingga ke akhir hubungan. ini lah kata kata maharani
yang meyakinkan aku tentang masa depan bersama
dia. ini lah yang sering aku maksudkan dalam setiap
ucapan ulang bulan aku. dia berani untuk bermimpi
bersama aku. walau berkali kali aku membandingkan
perbezaan antara aku dan dia. aku faham penerimaan
dia. tapi aku mahu sentiasa berpijak di bumi yang
nyata. aku taknak leka. aku perlu bersedia.

tetapi segala angan angan segala mimpi yang tercipta.
semua nya tersasar. jangkaan aku meleset sama sekali.
bukan itu yang menjadi sebab perpisahan hubungan ini.
belum sempat sampai tahap aku ditolak lagi. takdir pada
suatu hari aku telah dikejutkan dengan mengenai restu
dari mama maharani. aku berbincang dengan dia untuk
datang minta restu pada mama nya. tetapi dia sudah
bertanyakan pada mama nya dulu. jawapan dari mama
nya amat mendukacitakan aku. mama nya cuma
berkata : mama tidak mahu ieka ada hubungan dengan
mana mana
lelaki buat masa ini.
dan maharani cuba
rahsiakan dari aku.
mungkin dia pernah cuba nak
terangkan pada aku ketika aku melawat dia pada hari
natal yang lalu. tapi dia cakap dia tak tahu nak cakap
apabila berdepan dengan aku.

bila aku berkeras untuk berjumpa dengan mama nya
baru dia mengaku apa jawapan mama selepas dia
tanya restu dari mama nya. dan maharani minta aku
lepaskan dia. dia minta aku tinggalkan dia. tanpa ada
apa apa sengketa antara kami berdua. cuma masa
yang agak terhad untuk kami luangkan masa bersama.
tiba tiba aku hilang segala sekelip mata. sekelip mata.
aku berdiri diantara kata hati. kata nafsu. kata kata
cinta. yang pernah aku dan dia laungkan. yang pernah
kami janjikan. ikut kan hati aku. aku tak mahu lepaskan
maharani. tapi dia merayu. aku merayu. masih sama.
dia mahu segala nya ditentukan oleh mama nya.
hinggakan dia melafazkan. i dah berjanji dengan diri i.
i takkan terikat dengan mana
mana lelaki lepas ni dan
biarlah mama tentu kan jodoh i.
aku tak mampu lagi
mengubahnya. jika ini yang ditentukan oleh takdir. aku
rela melepaskan maharani dengan jodoh yang telah
ditetap kan mama nya. aku lepaskan kamu maharani
atas dasar aku juga anak. aku juga ada mak. aku taknak
orang yang aku agung agungkan dari hari demi hari
menderhaka. walau jauh dalam hati kecil aku ini mahu
kau bertahan dan mahu kau merayu pada mama untuk
kekal bersama aku maharani. tapi aku gagah tabahkan
juga untuk melepaskan kau maharani. terus terang aku
menipu diri sendiri. sedangkan aku menangis sendiri.

bohong lah jika aku kata aku boleh terima semua ini.
dia juga tersepit diantara mama dan aku. aku tidak
salahkan dia bila dia lebih memihak pada mama nya.
dan akhirnya aku pasrah pada qada dan qadar yang
telah ditetapkan pada aku. aku sedia meninggalkan
maharani. aku rela lepaskan segala. kerna aku rasa itu
kebahagian buat diri nya bila mampu buat mama dia
turut gembira. aku hormat itu keputusan maharani.
kerna syurga di bawah tapak kaki ibu. yeah aku sudah
berkorban cinta aku untuk bantu maharani ke syurga.
seringkali aku katakan dia hebat. anak yang hebat.
jadi aku terima semua kata kata dari mulut aku sendiri.
dan aku juga tidak dapat lari. bahawa aku lelaki yang
lemah aku tak mampu milikki apa apa pun yang aku
cuba dapatkan. walau 22 tahun penantian. dan
pertemuan. akhir nya kehilangan tanpa apa sebab
dari hubungan yang aku cipta. bila aku cuba
bertanyakan kesanggupan dia atas keputusan yang
diluahkan ini. maharani cuma berkata : im sorry bubu.
bukan senang i nak ambil keputusan ni. bukan
senang bila i buat u sakit. im sorry bubu i kena tabah
untuk mama.
aku bangga. bila melihat maharani makin
matang. makin kuat makin tenang menghadapi segala.
mungkin dia telah bersedia dari awal. sebelum berkata
kata pada aku tentang perpisahan ini. dan aku sekarang
bagaikan bernafas dalam air.

tipu lah kalau aku cakap aku terima sahaja takdir tu
dengan mudah dan rela hati. hati ini masih berdegil. aku
dah taip mesej panjang menjela untuk dapatkan restu
mama maharani. cuma perlukan aku menghantar mesej
tersebut pada mama nya. dan menanti panggilan dan
respon dari mama nya. aku juga nekad untuk bertemu
dengan ayah dan mama maharani. tapi aku tak sampai
hati. jika mama nya berang lalu memarahi maharani.
dia sendiri cakap mama takkan ubah fikiran. u tak
kenal siapa
mama. shes my mother. i kenal dia bubu.
dia bukan macam
u bayangkan. aku taknak tindakan
aku hanya melukakan hubungan antara anak dan emak.
biarlah aku yang terluka. kerana aku janjikan cuma
kebahagian buat maharani. jika ini jalan yang dipilih. ini
lah kebahagian dia. aku percaya pada mama nya.

ini sahaja penjelasan dari aku tentang berakhirnya
episod maharani dalam bab hidup aku. cukup lah
dengan memori bersama dia yang aku kongsi dengan
korang. biarlah aku lepaskan dia. tidak kira ada antara
korang yang memihak pada aku. memihak pada dia.
ini keputusan aku. ini untuk kebaikan dia. aku tahu
bukan senang dia nak ambil buat keputusan ni. sebab
maharani yang aku kenal. tidak sekuat hari ini. mungkin
dia juga ambil masa lama untuk bersedia hingga ke hari
ini. kau mungkir janji kau pada aku maharani. sedangkan
aku masih mencuba menunaikan janji aku.

kawan kawan yang sentiasa berdoa untuk
aku dan ieka. aku minta maaf. dari sebulan ke sebulan
aku menaip untuk ulang bulan bukan untuk menunjuk
yang aku seorang saja bercinta. bukan untuk menunjuk
aku seorang jer ada teman wanita. tapi itu ucapan aku.
pernghargaan aku setiap saat bersama ieka. aku tak
percaya pada masa. aku seorang yang sentiasa fikir
mati. sebab aku nak hargai apa yang aku ada sebelum
mati. setiap bulan aku menulis dengan gaya berbeza.
kerana itu lah yang aku rasa setiap bulan. jika adakala
korang rasa gembira membaca mungkin ketika itu aku
rasa gembira. jika korang rasa sedih itu lah yang aku
rasa. itu lah yang berlaku dalam setiap bulan tentang
kami berdua. dan kini tiada lagi penulisan ulang bulan.

maharani.
terima kasih dari saat pertama kita bermula hingga
kehari terakhir kita bersama. aku takkan lupakan
kehebatan kau membuka hati aku selama 22 tahun ia
tertutup buat setiap insan. aku takkan lupakan
kesukaran aku untuk meluahkan rasa cinta dan
sayang aku pada kau buat pertama kali. aku takkan
lupakan segala kenangan segala yang pernah kita
kongsi bersama. aku takkan lupakan genggaman
erat pertama kali kau mengenggam tangan aku.
aku nak kau tahu. aku sentiasa rasa hebat berdiri
disisi kamu maharani. jadi lah anak yang hebat. umat
yang hebat. perempuan yang hebat. kakak yang
hebat. dan buktikan pada aku yang kau bahagia
dengan pilihan hidup kamu maharani. jaga diri kamu.
semoga kau sentiasa dilindungi oleh takdir yang
ditentukan.

aku terpaksa menipu diri sendiri untuk lepaskan kau
maharani. aku menyesal jika ada perkara yang aku
terlepas pandang tentang kamu ketika kita masih
berkasih. jika ada kekurangan ketika kita bersama
aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung
kaki. jangan lah kau salahkan diri kau lagi. kita tidak
bersalah pun dalam hubungan ini. cuma mama belum
merestui kau untuk ada hubungan dengan mana mana
lelaki. mungkin mama rasa masih terlalu awal buat kau
berteman. mungkin mama buat semua tu untuk kebaikan
u. untuk u fokus pada pelajaran u. dan aku tahu kenapa
kau lepaskan aku sekelip mata. kerna kau taknak aku
lebih sakit kelak. aku tahu kau tak sekuat ini maharani.
aku dah cuba terbaik untuk kau maharani. tapi aku
percaya takdir kau akan jadi lebih baik kelak bersama
restu mama. ini tanggungjawab u pada mama. dan ini
pengorbanan i untuk u ieka.

jika u membaca penulisan kali ini ieka.
i nak u tahu. bukan mudah i nak lepaskan u ieka. lagi
lagi ia bukan melibatkan salah faham antara kita. tapi
mama lebih berhak dapat kebahagian dari u. i relakan
mama dapat segala kebahagian yang kita bina bersama
ieka. i takkan pernah salahkan mama. i takkan pernah
salahkan u. sebab i yakin. takdir u selepas ini akan jadi
lebih baik dari cuma kebahagian yang sering i janjikan
selama ini. restu mama paling bermakna buat u ieka.
cuma i masih terkilan. sebab tiada alasan yang i nak
berikan pada diri i untuk lupakan u. untuk lupakan
hubungan ni. bahagiakan diri u untuk buat i gembira.
bahagiakan diri u untuk buat i terima segala.

i tidak mahu menipu diri i ieka. jika i boleh tunggu
22tahun untuk membuka hati i pada seorang insan.
mungkin i tiada masalah untuk menunggu u ubah fikiran.
i tak tunggu u. jodoh pertemuan di tangan tuhan. jika suatu
hari nanti takdir i berubah. semua yang tertulis i tetap akan
terima. CUMA
andai kata hati mama telah terbuka. andai kata
u semakin
berani untuk sama bermimpi dengan i.
dan andai
kata cinta
antara kita masih tiada tandingan nya ketika itu.
jangan u
ragu. jangan u malu untuk kembali mengetuk pintu
hati i.
mungkin ketika itu i masih keseorangan menanti u ieka.
i tahu u tak beri i membina harapan dan u tak bagi i tunggu u.
jika hari ini segala nya berubah sekelip mata. hari esok kita
masih tidak boleh jangka. i terima segala ketentuan kita.

apa yang perlu i katakan pada diri sendiri? derita
yang i terima ini semoga dapat memberi kebahagian
kepada u. jaga diri u. i seorang lelaki yang tiada cita
cita dalam hidup. tapi sebagai manusia ini cita cita i.
janji i pada orang yang i sayang. i sentiasa ingin melihat
orang yang i sayang bahagia gembira. sebab itu i takkan
pernah capai apa apa pun yang i nak. walau dalam
bercinta sekali pun. i seorang lelaki yang lemah. ini lah
takdir yang sering i tulis setiap kali ucapan ulang bulan
kita. sebab i tahu takdir di tahap mana. i tahu i akan
sentiasa tewas walau memakan masa bertahun untuk i
dapatkan nya. takdir i memang ditulis begini. i harap
selama kita bersama u rasakan kebahagian walau i hanya
mampu beri sementara. i minta maaf kalau u tak pernah
merasakan nya. i dah berusaha. i dah berikan yang terbaik
i ada. dan mungkin ia masih belum mampu untuk menilai i
sebagai teman hidup u.
i minta maaf dari hujung rambut
hingga hujung kuku kaki. atas nama cinta. i lepaskan u
ieka. jaga diri u.
i love u Nur Atiqah Razali